Madrasah Seberang Tuan Chik (MSTC) telah ditubuhkan pada tahun 2006. Madrasah ini telah ditubuhkan oleh ustaz Abdul Manan Bin Mohd Derus. Dahulunya ia dikenali sebagai Pusat Tahsin Bukit Tunggal (PTBT). MSTC terletak di Jln. Bukit Tunggal, Kg. Tebauk, 21200 Kuala Nerus, Terengganu. Bukan mudah proses untuk membuka sebuah pusat pengajian ini, kerana ianya memerlukan banyak kos dan komitmen tenaga pengajar. Tapi Alhamdulillah, berkat dari usaha inilah, MSTC telah pun mempunyai bangunan sendiri untuk Banin (pelajar lelaki) dan juga untuk Banat (pelajar perempuan).