Madrasah Seberang Tuan Chik (MSTC) telah ditubuhkan pada tahun 2006. Ia terletak di Jln. Bukit Tunggal, Kg. Tebauk, 21200 Kuala Nerus, Terengganu. Pada permulaannya, tidak mudah untuk dibangunkan madrasah ini, kerana ianya memerlukan banyak kos dan komitmen tenaga pengajar. Akan tetapi, berkat dari usaha dan tawakal, Alhamdulillah. Madrasah Seberang Tuan Chik telah pun mempunyai bangunan sendiri untuk Banin (pelajar lelaki) dan juga untuk Banat (pelajar perempuan).