Adakah anda berhadapan dengan situasi sebegini?
Madrasah Seberang Tuan Chik (MSTC) telah ditubuhkan pada tahun 2006. Madrasah ini telah ditubuhkan oleh ustaz Abdul Manan Bin Mohd Derus. Dahulunya ia dikenali sebagai Pusat Tahsin Bukit Tunggal (PTBT). MSTC terletak di Jln. Bukit Tunggal, Kg. Tebauk, 21200 Kuala Nerus, Terengganu. Bukan mudah proses untuk membuka sebuah pusat pengajian ini, kerana ianya memerlukan banyak kos dan komitmen tenaga pengajar. Tapi Alhamdulillah, berkat dari usaha inilah, MSTC telah pun mempunyai bangunan sendiri untuk Banin (pelajar lelaki) dan juga untuk Banat (pelajar perempuan).
Lokasi MTAAND di Google Map.
MSTC telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada 15 Oktober 2020.
Dan juga didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 17 Julai 2022 dengan nama Pertubuhan Pendidikan Madrasah Seberang Tuan Chik Terengganu (PPMSTCT).
Gambaran awal Masjid Tuan Besar MSTC.
Mengumpulkan dana adalah langkah penting dalam usaha kami untuk menyempurnakan pembinaan Masjid Tuan Besar di MSTC.
Tidak berhenti di situ, kami juga berazam untuk menyiapkan Kompleks Surau MSTC di cawangan Kuala Berang.
Kedua-dua pusat ibadat ini tidak sahaja akan dimanfaatkan oleh para pelajar setia Madrasah STC, tetapi juga akan menjadi pusat keagamaan dan komuniti bagi penduduk sekitar, yang jumlahnya mencecah kira-kira 1,000 orang.
Kejayaan projek ini amat bergantung pada sokongan yang berterusan daripada anda semua.
Projek pembinaan Masjid Tuan Besar yang mulia ini telah pun bermula.
Namun sayangnya, ia masih belum dapat disiapkan sepenuhnya.
Akibatnya, pelajar-pelajar dan penduduk setempat terpaksa menunggu lama untuk memanfaatkan masjid tersebut.
Baca doa ini ketika anda menyumbang:
“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau permudahkanlah urusanku pada hari ini”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Pemberitahuan: