Berkat Sedekah Di Subuh Hari

Kita selalu terkejar-kejar untuk urusan kerja, selalu stress demi menyara keluarga tercinta, namun adakah kita lupa bahawa dengan amalan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, pasti Allah akan permudahkan setiap urusan harian kita.

Waktu terbaik berkongsi rezeki ialah di waktu pagi

Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa, ‘Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak ’, sedangkan yang satunya lagi berdoa ‘Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan hartanya.
HR. Bukhari & Muslim

Kekangan Dihadapi Tahfiz

Kenderaan Lama

Kenderaan van yang digunakan untuk membawa pelajar menghadiri aktiviti luar sudah uzur dan sering rosak.

Atap Bocor

Kebanyakan atap sudah tercabut dan bocor. Setiap kali hujan, pelajar akan beralih ke asrama dan terpaksa mengalihkan katil-katil agar ada ruang untuk mereka belajar dan solat berjemaah.

Asrama Sempit & Tidak Selesa

Keadaan asrama yang hanya muat 20 katil, tetapi pelajar ada 30 orang. Sudah masuk tahun ke-7, pembinaan bangunan asrama dan kelas pengajian pelajar masih tertangguh.

Maahad Tahfiz kami masih belum sempurna dan perlu ditambah baik agar dapat melancarkan proses pembelajaran para pelajar disini.

Marilah berkongsi rezeki dan semaikan sikap prihatin kita terhadap nasib para pelajar disini sambil meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan walaupun telah tiada di dunia ini nanti.

Semoga asbab kita menolong tanpa rasa berkira-kira ini, Malaikat akan mengangkat doa buat kita di pagi ini. Niatkanlah apa sahaja yang diimpikan. Sesungguhnya doa para Malaikat itu amat mustajab disisi Allah SWT.
Amal kita mungkin tidak banyak, tapi kita berpeluang menumpang pahala yang mereka perolehi melalui pemberian kita kepada mereka.
Jika rasa was-was untuk memberi, berdoalah kepada Allah untuk kuatkan hati, kerana perasaan was-was itu dari syaitan dan syaitan suka menghalang kita dari melakukan kebaikan.